Memorable video


This video is made on 25th December 2011.
It was on our mom birthday.
Special made for her.

Kitorang buat masa mama pergi kedai depan.
In the middle of the video, you can hear bunyi telefon berdering dering.
Mama call.
Mama dah balik rumah.
Pintu rumah kunci.
Kitorang kunci.
Takut mama tiba tiba balik rumah.
Kantoi plak surprise song kitorang ni.
Masuk je rumah, mama bebel.
 "Korang buat apa kat atas, mama ketuk ketuk tak dengar?"
HAHAHA

Sori mama.
After that, mama tersuka plak dengar real song ni kat radio. 
Hahaha.


p.s. mama request suruh buat lagi untuk birthday mama tahun ni. patu anniversary mama + abah tahun ni yang ke 30, mama suruh buat video, letak gambar gambar lama mama + abah.

Posted by
EisHajar

More

Kenapa Blogger Lelaki Lebih Diminati?


     Tajuk hari ini buat aku lemah sedikit nak terus berblogging. You know why? Because no matter what we do, they still the best in their writing. Aku yang blogging dulu, kau punye follower yang lagi ramai. Aishh, susah nak akuinya. Tapi bagi aku, itulah kenyataannya. Lelaki punya blog memang lagi popular dari perempuan. Sebabnya:

1. Penggunaan ayat yang sangat sempoi


Majoriti blog blog perempuan yang popular maybe sebab dia cantik, cute, pandai bergaya or orang suka style dia. That is why the girls popular.

Obviously good looking guys will have many admirer. No doubt to that fact. But they also very popular because of their words. Ayat manis je. 

Even, aku ada jumpa blog yang orang tak pernah tau langsung rupa dia tapi still popular. Dalam blog dia, dia ada cerita pasal dia accidentally terjumpa follower dia. Diorang bual, punya bual, tak tahu macam mana masuk bab blog, follower dia ni pun sibuk cerita pasal blog dia sendiri yang menarik tu. Ramai jugak followers dia. Sebab ayat ayat dia yang sangat sempoi. 

Yang lagi hebat, blog mamat yang agak islamik tapi ayat ayat dia memang sempoi habis. Serius! Nasihat + ayat yang sempoi = interesting to read. I guess that is why he is very popular.

2. He got sense of humour


For me, girl's blog most of it, complaints, complaints, and complaints. If it is not about complaints, maybe something that make her happy. But for guys, I don't really sure, but maybe they really want to make people laugh while reading their blog? I don't know actually.  

Lelaki dikurniakan oleh Allah dengan 9 akal. No wonder la why lelaki ni banyak sangat idea dalam kepala diorang. Lawak lawak diorang pun bernas bernas and make sense.

Even benda benda yang nakal, diorang boleh fikir cara yang sangat kreatif nak buat benda tu. For example, fly dari asrama. Fuhh.. memang hebat la diorang ni bab bab macam ni. Haha.

3. Kebanyakkan blogger adalah perempuan


Kalau blogger ramai yang perempuan, konfem konfem la blog lelaki yang akan ada ramai followers. Betul tak? Kepupusan lelaki dalam bidang blogging ini membuatkan blog blog mereka menjadi perhatian. Menjadi tumpuan blogger blogger lain.  

------------------------------------------

Itu je la sebab yang mampu aku fikir. Aku bukan mahu merendahkan kaum sendiri tetapi bagi aku masing masing punya kelebihan sendiri. Lagipun ini adalah pendapat aku semata mata. 

Perempuan sangat hebat dalam perkara lain. Lelaki hebat dalam bidang lain. Dua dua hebat.

Allah ciptakan kita berbeza beza untuk kita mengenal antara satu sama lain. Untuk kita sama sama saling melengkapi. Ketidakfahaman kita untuk menilai kejadian Allah mungkin akan menimbulkan salah faham antara satu sama lain.

Posted by
EisHajar

More

Praktikal

    
   Fyi, bulan febuari sampai Julai ni, aku akan mula berpraktikal.
   Di sebuah accounting company yang tak berapa besar.
   Kecil je.

Aku tak prepare apa apa pun. Serius!
Lepas subuh baru aku gosok baju, kemas beg, tengok tengok apa yang boleh bawa.

Macam-macam aku rasa masa hari pertama praktikal tu..
Malas + nervous + excited + awkward + dll.

Office hour, 9.00 a.m - 5.30 p.m. 
Weekdays only.
Tapi masuk-masuk office je, aku diberitahu OT will be in the month of April until June.


Short briefing and then I'm given with stake of receipts.
2 plastik beg besar.
Ok? Hahaha.

"Awak tahu guna UBS tak?"
Erk!
I'm in trouble.

She asked me to key in purchases of a company.
Thank goodness, mula mula tu dia tunjuk macam mana nak buat .
Then aku sudah boleh buat sendiri.
Mudah saja.

Satu satu nya kesalahan yang aku boleh terbuat sebab kerja ni cuma salah taip.
Aku taip nak laju sangat, sampai typo.

Tapi kalau mengikut update status kawan kawan aku, diorang macam dah kena buat kerja berat berat.
I guess maybe sebab diorang memang praktikal kat betul betul audit firm.

Macam aku, aku tak rasa company tu buat audit.
Kalau ada pun audit, bukan main operations dia la.
Main operation dia maybe accounting and taxation.

Aku selesa praktikal kat situ.
Aku dapat meja sendiri dan satu pc.

Semua dalam office tu perempuan dan tak ramai pun.
5 orang je pekerja dia.
Pangkat makcik makcik.

Diorang tak kesah nak ajar aku.
Cuma kalau bab bersembang, aku tak campur sangat la.
Sembang mak mak, tak kan aku nak mencelah kan?

Good luck, kawan kawan semua!

Last but not least, sepanjang aku menaip post ni, aku dengar lagu ni berulang ulang.
Awesome giler!
Salah satu cover the best!


Aku bukan suka lagu gangnam style ni.
Tapi serius tak bosan langsung dengar diorang ni punya cover.
The best la!
Korang kena dengar.

p.s. aku cuba menyorok di tempat persembunyian yang paling baik, tapi masih jelas perasaan aku tetap tak dapat nak sorok sebaik tempat persembunyian itu.

Posted by
EisHajar

More

Pictures tell everything


1. Sagil + BBQ
     Inilah aktiviti kelas kami masa part 5. Sorry kawan-kawan, lambat sangat post gambar ni. Aktiviti        menghilangkan stress belajar. Memang best sangat. Makanan sedap, air sungai sejuk + cuaca pun menyebelahi kitorang. Kitorang dah puas berkubang dalam sungai, barulah hujan turun. Alhamdulillah! Terima kasih, kawan-kawan! Sorry, tak semua gambar ada. Banyak kena tapis. Hehe. 


2. Berhari raya
     Selagi masih ada sisa bulan Syawal, selagi itulah masih sempat untuk kitorang berhari raya di rumah kawan-kawan yang duduk di Segamat. Dapatlah kitorang melantak dengan penuh seleranya di tiga buah rumah. Terima kasih banyak banyak, tuan rumah kerana sudah mengalu-alukan kedatangan kami! 


3. Presentation PBL
     Kami jadi pekerja kilang sekejap hari ini. Haha. Sama sangat baju + tudung kitorang. Sampaikan orang kat office pun tanya kenapa pakai baju sama. In the end, the presentation was presented nicely + smoothly. Our lecturer said that he doesn't have any question because he understood very well what we have presented. Thank you, Tuan Marzuk!


4. Sukan Rakyat
     Cuba cari aku dalam gambar ni? Haha. Satu payung, kongsi beramai-ramai. Memang baik! It was fun because it is traditional games such as tenteng, batu seremban, ceper, guli, galah panjang, baling selipar, giant ladder and others. At the end of the day, part 6 juara keseluruhan! Tahniah kepada semua pemain-pemain handalan kami!  


5. Musim Durian
     Pada satu hari yang bosan, "Korang, jom pergi makan durian."  "JOM!"
Kitorang pun lincah gerak ke jementah mencari durian. Nasib baik ada classmate yang tahu mana nak dapat durian murah. Wah, seronok! Terima kasih, tuan dusun durian! Sendawa durian kami satu hari tue. Hehe.


6. Final Placement Interview
     Although I don't really satisfy with my performance during the interview, I'm still glad that I do not have BEL subject anymore. It is done! Haha. Thank you, Sir Jafri for being so sempoi in teaching us!
  


7. Pizza + Birthday Party 
     Disebabkan aku ada diskaun Domino Pizza, kitorang pun bercadang nak makan dengan classmate. Meriah sikit. At the same time, kitorang celebrate birthday U'un, Mala + Zura. Nasib diorang la kena mandi tepung. But I have so much fun that day! Thank you all!   


8. Gelagat Roomate
     Inilah kerja kami kalau bosan bosan. Ambil gambar bersama kereta yang sedondon dengan baju kita pakai. Haha. There are a lot of things happen. I'm sorry if I'm being unreasonable + selfish. Terima kasih, U'un + Hajar for being there for me!


9. Happy Birthday to me!
     On 23.01.2013 was my 23rd birthday! Macam tak percaya umur aku sudah 23 tahun. Thank you so much to my best friend, Ryhan! I had so much fun with you. And not forgetting, thank you to all my friends who remember my birthday. Thank you. Thank you. 



Posted by
EisHajar

More

Coming Soon

    Next several posts will be my collection of pictures. Probably short stories and then pictures.

    I love pictures. Pictures can tell everything.

But I'm prefer not been in the picture because I'm not a photogenic person.

Sebab itulah aku perlukan telefon bimbit yang boleh ambil gambar cantik. Senang aku nak update blog.


p.s. Sorry. It takes too long for me to update this blog.

Posted by
EisHajar

More

Jalan-Jalan Cari Pasar

Semalam Kami berjalan-jalan kat Bandar Segamat. Memang plan nak pergi pasar kat Bandar Segamat. Saja je. Dah lama tak berjalan mala-malam. Tension buat assignment MAF.

Mula-mula pergi area yang betul-betul dekat pasar Segamat, dekat dengan Rohaya, belakang Kedai Nasi Goreng Salai. Banyak kedai dah tutup. Salah kitorang jugak. Gerak lambat. Haha.

Then housemate aku cakap ada pasar juga kat area Secret Recipe. Kitorang pun apa lagi, laju je la gerak ke sana. Sampai sana, tak ada apa-apa pun. Hampa. Haha.

But we end up going to Kipmart. Haha. Luar Kipmart tue ada  macam small festival. But tak meriah sangat pun la. Tapi ada Rumah hantu. Haha. Kitorang tak masuk pun. Satu kepala RM5, mahal. Dah la kecik jer. Rasa tak berbaloi plak. (Padahal masing-masing takut. Haha)

We also end up buying coolblog there. Haha.



Supposely hari nie plan nak pergi Pasar kat Jementah. Orang kata pasar kat Jementah lagi murah-murah. Serius! Tapi tak jadi plak pergi. Penat la. Penat mengadap MAF seharian. Haha. 

Kitorang just makan kat Abe je sambil menonton perlawanan bola Malaysia vs Thailand. Balik rumah sambung tengok bola sampai habis. Hehe.

End Duniawi

Now Akhirat

Aku sering mengeluh. Especially bila kerja aku berlambak. Mulalah aku nak bising. Senang sangat aku luahkan keluhan-keluhan yang tak ada faedah langsung. Kadang-kadang aku tak sedar aku tengah mengeluh sebab semua tue dah jadi kebiasaan aku. Even perkara remeh-temeh pun aku nak mengeluh. 

Kalaulah setiap kata-kata keluhan yang keluar dari mulut kita tue dapat ditukar dengan duit, confirm kita boleh kurangkan masalah kemiskinan kat Malaysia nie. Betul tak?



Tapi hairan, kita mengeluh sedangkan kita sebenarnya dah dikurniakan dengan pelbagai kesenangan. Terlalu banyak kesenangan! Even oksigen pun masuk kategori nikmat dari Allah. Nikmat kita dapat hidup di muka bumi nie.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya." 
(An-Nahl:18)

Sekian. Noktah.

Posted by
EisHajar

More

I Need to Change! Seriously!


Pembuka Kata (panjang nye pembuka kata kau)
Memang bukan mudah untuk seseorang itu berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Sangat sukar. Tapi sekiranya hati mempunyai tekad yang kuat, InsyAllah semuanya boleh terjadi. Begitu juga lah dengan kehidupan aku sekarang.

Aku dah ambil keputusan dah! Aku nak berubah jadi lebih baik. Mesti ada kawan-kawan or my own family member tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba aku nak berubah. Aku sendiri pun tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk aku jawab soalan itu. Cuma mungkin untuk keselesaan diri aku sendiri. I guess that's the best for me right now.

Dahulu

Apa yang kau ubah?
Well, aku sekarang dah pkai tudung yang labuh sikit. Memang, tak semestinya tudung labuh jer, orang tue mesti baik. Tapi at least, aku dapat jalankan tugas aku sebagai hamba Allah dengan menutup aurat. That's the first step.

Mula-mula aku ingat nak pakai tudung labuh start praktikal tahun depan tapi dah alang-alang aku dah berniat, baik aku teruskan secepat mungkin. Sebelum niat tue hanya tinggal angan-angan semata-mata. Betul tak?

Ohh, tak lupa pada my Datin and my Doktor, thank you for supporting me buy the hijabs. (Suka hati aku jer pulun duit diorang suruh belikan tudung aku) Hehe. If not because both of them, I will not be able to wear tudung labuh sekarang. (Sebab aku tak ada duit nak beli tudung-tudung nie. Haha)

And then, disebabkan aku suka pakai seluar jean dan blouse-blouse aku yang berlambak tue, plus aku sayang seluar dan baju-baju aku, so I have to come out with a way to wear it but still menutup aurat.

The solution:
Seluar jean lapuk aku + Blouse aku yang tak berapa nak labuh + Skirt pendek sampai lutut + Tudung baru pemberian My Datin n Doctor = Hopefully complete tutup aurat! Hehe.

Kini + Solution for the problem

Dengan adanya skirt ini, aku dapatlah memakai blouse-blouse aku. Even, tshirt-tshirt aku pun masih boleh pakai. Buat masa ini, aku cuma pakai skirt warna hitam. Tue je warna yang aku ada. Maybe next time, aku nak tambah sikit skirt collection aku. (Terpaksa la mintak My Datin n My Doctor belanja lagi. Hehe) 

Mula-mula aku ada rasa pelik + segan + malu + mencapab sikit pakai skirt tue, tapi dah lama-lama tue, aku jadi selesa. Selesa sebab aku dapat tutup bahagian paha aku. Dah jadi kebiasaan aku sekarang. Same goes with wearing the longer hijab.    

Penutup
Aku bukanlah orang yang baik. Banyak sangat-sangat dosa aku. Perubahan yang baru sikit nie pun memang tak cukup nak cover dosa-dosa aku. Tapi aku berharap sangat-sangat usaha aku yang sikit ini dapat diterima olehNya. Aku harap semua dapat mendoakan yang terbaik buat aku. Aku belajar untuk lebih sayang pada diri sendiri sekarang!

Baik tue bukan diukur pada tudung semata-mata. Baik tue ada pada hati yang ikhlas. Tapi tudung mengikut syariat tue tetap wajib. Walaupun payah, cubalah yang terbaik untuk jalankan. Kerana percayalah, dari paksaan akan timbul sesuatu yang baik.

p.s My Datin = My mama, My Doctor = My Abah. 
Saje je nak doakan mama lebih murah rezeki, dapat beli vios. Haha.
And pray for my dad to further master. Hehe.
p.s aku tetibe je nak mula berblog semula. harap maklum. sekian.

Posted by
EisHajar

More
Powered by Blogger.

Copyright © / EisHajar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger