Kenapa Blogger Lelaki Lebih Diminati?


     Tajuk hari ini buat aku lemah sedikit nak terus berblogging. You know why? Because no matter what we do, they still the best in their writing. Aku yang blogging dulu, kau punye follower yang lagi ramai. Aishh, susah nak akuinya. Tapi bagi aku, itulah kenyataannya. Lelaki punya blog memang lagi popular dari perempuan. Sebabnya:

1. Penggunaan ayat yang sangat sempoi


Majoriti blog blog perempuan yang popular maybe sebab dia cantik, cute, pandai bergaya or orang suka style dia. That is why the girls popular.

Obviously good looking guys will have many admirer. No doubt to that fact. But they also very popular because of their words. Ayat manis je. 

Even, aku ada jumpa blog yang orang tak pernah tau langsung rupa dia tapi still popular. Dalam blog dia, dia ada cerita pasal dia accidentally terjumpa follower dia. Diorang bual, punya bual, tak tahu macam mana masuk bab blog, follower dia ni pun sibuk cerita pasal blog dia sendiri yang menarik tu. Ramai jugak followers dia. Sebab ayat ayat dia yang sangat sempoi. 

Yang lagi hebat, blog mamat yang agak islamik tapi ayat ayat dia memang sempoi habis. Serius! Nasihat + ayat yang sempoi = interesting to read. I guess that is why he is very popular.

2. He got sense of humour


For me, girl's blog most of it, complaints, complaints, and complaints. If it is not about complaints, maybe something that make her happy. But for guys, I don't really sure, but maybe they really want to make people laugh while reading their blog? I don't know actually.  

Lelaki dikurniakan oleh Allah dengan 9 akal. No wonder la why lelaki ni banyak sangat idea dalam kepala diorang. Lawak lawak diorang pun bernas bernas and make sense.

Even benda benda yang nakal, diorang boleh fikir cara yang sangat kreatif nak buat benda tu. For example, fly dari asrama. Fuhh.. memang hebat la diorang ni bab bab macam ni. Haha.

3. Kebanyakkan blogger adalah perempuan


Kalau blogger ramai yang perempuan, konfem konfem la blog lelaki yang akan ada ramai followers. Betul tak? Kepupusan lelaki dalam bidang blogging ini membuatkan blog blog mereka menjadi perhatian. Menjadi tumpuan blogger blogger lain.  

------------------------------------------

Itu je la sebab yang mampu aku fikir. Aku bukan mahu merendahkan kaum sendiri tetapi bagi aku masing masing punya kelebihan sendiri. Lagipun ini adalah pendapat aku semata mata. 

Perempuan sangat hebat dalam perkara lain. Lelaki hebat dalam bidang lain. Dua dua hebat.

Allah ciptakan kita berbeza beza untuk kita mengenal antara satu sama lain. Untuk kita sama sama saling melengkapi. Ketidakfahaman kita untuk menilai kejadian Allah mungkin akan menimbulkan salah faham antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / EisHajar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger