Jalan-Jalan Cari Pasar

Semalam Kami berjalan-jalan kat Bandar Segamat. Memang plan nak pergi pasar kat Bandar Segamat. Saja je. Dah lama tak berjalan mala-malam. Tension buat assignment MAF.

Mula-mula pergi area yang betul-betul dekat pasar Segamat, dekat dengan Rohaya, belakang Kedai Nasi Goreng Salai. Banyak kedai dah tutup. Salah kitorang jugak. Gerak lambat. Haha.

Then housemate aku cakap ada pasar juga kat area Secret Recipe. Kitorang pun apa lagi, laju je la gerak ke sana. Sampai sana, tak ada apa-apa pun. Hampa. Haha.

But we end up going to Kipmart. Haha. Luar Kipmart tue ada  macam small festival. But tak meriah sangat pun la. Tapi ada Rumah hantu. Haha. Kitorang tak masuk pun. Satu kepala RM5, mahal. Dah la kecik jer. Rasa tak berbaloi plak. (Padahal masing-masing takut. Haha)

We also end up buying coolblog there. Haha.



Supposely hari nie plan nak pergi Pasar kat Jementah. Orang kata pasar kat Jementah lagi murah-murah. Serius! Tapi tak jadi plak pergi. Penat la. Penat mengadap MAF seharian. Haha. 

Kitorang just makan kat Abe je sambil menonton perlawanan bola Malaysia vs Thailand. Balik rumah sambung tengok bola sampai habis. Hehe.

End Duniawi

Now Akhirat

Aku sering mengeluh. Especially bila kerja aku berlambak. Mulalah aku nak bising. Senang sangat aku luahkan keluhan-keluhan yang tak ada faedah langsung. Kadang-kadang aku tak sedar aku tengah mengeluh sebab semua tue dah jadi kebiasaan aku. Even perkara remeh-temeh pun aku nak mengeluh. 

Kalaulah setiap kata-kata keluhan yang keluar dari mulut kita tue dapat ditukar dengan duit, confirm kita boleh kurangkan masalah kemiskinan kat Malaysia nie. Betul tak?



Tapi hairan, kita mengeluh sedangkan kita sebenarnya dah dikurniakan dengan pelbagai kesenangan. Terlalu banyak kesenangan! Even oksigen pun masuk kategori nikmat dari Allah. Nikmat kita dapat hidup di muka bumi nie.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya." 
(An-Nahl:18)

Sekian. Noktah.

I Need to Change! Seriously!


Pembuka Kata (panjang nye pembuka kata kau)
Memang bukan mudah untuk seseorang itu berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Sangat sukar. Tapi sekiranya hati mempunyai tekad yang kuat, InsyAllah semuanya boleh terjadi. Begitu juga lah dengan kehidupan aku sekarang.

Aku dah ambil keputusan dah! Aku nak berubah jadi lebih baik. Mesti ada kawan-kawan or my own family member tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba aku nak berubah. Aku sendiri pun tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk aku jawab soalan itu. Cuma mungkin untuk keselesaan diri aku sendiri. I guess that's the best for me right now.

Dahulu

Apa yang kau ubah?
Well, aku sekarang dah pkai tudung yang labuh sikit. Memang, tak semestinya tudung labuh jer, orang tue mesti baik. Tapi at least, aku dapat jalankan tugas aku sebagai hamba Allah dengan menutup aurat. That's the first step.

Mula-mula aku ingat nak pakai tudung labuh start praktikal tahun depan tapi dah alang-alang aku dah berniat, baik aku teruskan secepat mungkin. Sebelum niat tue hanya tinggal angan-angan semata-mata. Betul tak?

Ohh, tak lupa pada my Datin and my Doktor, thank you for supporting me buy the hijabs. (Suka hati aku jer pulun duit diorang suruh belikan tudung aku) Hehe. If not because both of them, I will not be able to wear tudung labuh sekarang. (Sebab aku tak ada duit nak beli tudung-tudung nie. Haha)

And then, disebabkan aku suka pakai seluar jean dan blouse-blouse aku yang berlambak tue, plus aku sayang seluar dan baju-baju aku, so I have to come out with a way to wear it but still menutup aurat.

The solution:
Seluar jean lapuk aku + Blouse aku yang tak berapa nak labuh + Skirt pendek sampai lutut + Tudung baru pemberian My Datin n Doctor = Hopefully complete tutup aurat! Hehe.

Kini + Solution for the problem

Dengan adanya skirt ini, aku dapatlah memakai blouse-blouse aku. Even, tshirt-tshirt aku pun masih boleh pakai. Buat masa ini, aku cuma pakai skirt warna hitam. Tue je warna yang aku ada. Maybe next time, aku nak tambah sikit skirt collection aku. (Terpaksa la mintak My Datin n My Doctor belanja lagi. Hehe) 

Mula-mula aku ada rasa pelik + segan + malu + mencapab sikit pakai skirt tue, tapi dah lama-lama tue, aku jadi selesa. Selesa sebab aku dapat tutup bahagian paha aku. Dah jadi kebiasaan aku sekarang. Same goes with wearing the longer hijab.    

Penutup
Aku bukanlah orang yang baik. Banyak sangat-sangat dosa aku. Perubahan yang baru sikit nie pun memang tak cukup nak cover dosa-dosa aku. Tapi aku berharap sangat-sangat usaha aku yang sikit ini dapat diterima olehNya. Aku harap semua dapat mendoakan yang terbaik buat aku. Aku belajar untuk lebih sayang pada diri sendiri sekarang!

Baik tue bukan diukur pada tudung semata-mata. Baik tue ada pada hati yang ikhlas. Tapi tudung mengikut syariat tue tetap wajib. Walaupun payah, cubalah yang terbaik untuk jalankan. Kerana percayalah, dari paksaan akan timbul sesuatu yang baik.

p.s My Datin = My mama, My Doctor = My Abah. 
Saje je nak doakan mama lebih murah rezeki, dapat beli vios. Haha.
And pray for my dad to further master. Hehe.
p.s aku tetibe je nak mula berblog semula. harap maklum. sekian.

Powered by Blogger.

Copyright © / EisHajar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger