Jalan-Jalan Cari Pasar

Semalam Kami berjalan-jalan kat Bandar Segamat. Memang plan nak pergi pasar kat Bandar Segamat. Saja je. Dah lama tak berjalan mala-malam. Tension buat assignment MAF.

Mula-mula pergi area yang betul-betul dekat pasar Segamat, dekat dengan Rohaya, belakang Kedai Nasi Goreng Salai. Banyak kedai dah tutup. Salah kitorang jugak. Gerak lambat. Haha.

Then housemate aku cakap ada pasar juga kat area Secret Recipe. Kitorang pun apa lagi, laju je la gerak ke sana. Sampai sana, tak ada apa-apa pun. Hampa. Haha.

But we end up going to Kipmart. Haha. Luar Kipmart tue ada  macam small festival. But tak meriah sangat pun la. Tapi ada Rumah hantu. Haha. Kitorang tak masuk pun. Satu kepala RM5, mahal. Dah la kecik jer. Rasa tak berbaloi plak. (Padahal masing-masing takut. Haha)

We also end up buying coolblog there. Haha.



Supposely hari nie plan nak pergi Pasar kat Jementah. Orang kata pasar kat Jementah lagi murah-murah. Serius! Tapi tak jadi plak pergi. Penat la. Penat mengadap MAF seharian. Haha. 

Kitorang just makan kat Abe je sambil menonton perlawanan bola Malaysia vs Thailand. Balik rumah sambung tengok bola sampai habis. Hehe.

End Duniawi

Now Akhirat

Aku sering mengeluh. Especially bila kerja aku berlambak. Mulalah aku nak bising. Senang sangat aku luahkan keluhan-keluhan yang tak ada faedah langsung. Kadang-kadang aku tak sedar aku tengah mengeluh sebab semua tue dah jadi kebiasaan aku. Even perkara remeh-temeh pun aku nak mengeluh. 

Kalaulah setiap kata-kata keluhan yang keluar dari mulut kita tue dapat ditukar dengan duit, confirm kita boleh kurangkan masalah kemiskinan kat Malaysia nie. Betul tak?



Tapi hairan, kita mengeluh sedangkan kita sebenarnya dah dikurniakan dengan pelbagai kesenangan. Terlalu banyak kesenangan! Even oksigen pun masuk kategori nikmat dari Allah. Nikmat kita dapat hidup di muka bumi nie.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya." 
(An-Nahl:18)

Sekian. Noktah.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / EisHajar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger