Praktikal

    
   Fyi, bulan febuari sampai Julai ni, aku akan mula berpraktikal.
   Di sebuah accounting company yang tak berapa besar.
   Kecil je.

Aku tak prepare apa apa pun. Serius!
Lepas subuh baru aku gosok baju, kemas beg, tengok tengok apa yang boleh bawa.

Macam-macam aku rasa masa hari pertama praktikal tu..
Malas + nervous + excited + awkward + dll.

Office hour, 9.00 a.m - 5.30 p.m. 
Weekdays only.
Tapi masuk-masuk office je, aku diberitahu OT will be in the month of April until June.


Short briefing and then I'm given with stake of receipts.
2 plastik beg besar.
Ok? Hahaha.

"Awak tahu guna UBS tak?"
Erk!
I'm in trouble.

She asked me to key in purchases of a company.
Thank goodness, mula mula tu dia tunjuk macam mana nak buat .
Then aku sudah boleh buat sendiri.
Mudah saja.

Satu satu nya kesalahan yang aku boleh terbuat sebab kerja ni cuma salah taip.
Aku taip nak laju sangat, sampai typo.

Tapi kalau mengikut update status kawan kawan aku, diorang macam dah kena buat kerja berat berat.
I guess maybe sebab diorang memang praktikal kat betul betul audit firm.

Macam aku, aku tak rasa company tu buat audit.
Kalau ada pun audit, bukan main operations dia la.
Main operation dia maybe accounting and taxation.

Aku selesa praktikal kat situ.
Aku dapat meja sendiri dan satu pc.

Semua dalam office tu perempuan dan tak ramai pun.
5 orang je pekerja dia.
Pangkat makcik makcik.

Diorang tak kesah nak ajar aku.
Cuma kalau bab bersembang, aku tak campur sangat la.
Sembang mak mak, tak kan aku nak mencelah kan?

Good luck, kawan kawan semua!

Last but not least, sepanjang aku menaip post ni, aku dengar lagu ni berulang ulang.
Awesome giler!
Salah satu cover the best!


Aku bukan suka lagu gangnam style ni.
Tapi serius tak bosan langsung dengar diorang ni punya cover.
The best la!
Korang kena dengar.

p.s. aku cuba menyorok di tempat persembunyian yang paling baik, tapi masih jelas perasaan aku tetap tak dapat nak sorok sebaik tempat persembunyian itu.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / EisHajar

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger